BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 15, 2009

jiwaku perlukan penawar

tak tahu mengapa
aku sangat penat
dari lahiriah mahupun jiwa
sangat penat

aku penat nak makan, bila aku tak pernah nak kenyang.

aku penat nak minum, bila aku tetap kehausan.

aku penat nak mandi, bila aku tetap akan membusukan diriku di hujung hari

aku penat nak kemas diriku, bila aku tetap akan kelihatan serabai.

aku penat nak bertalifon, bila di akhir perbualan kita asyik bertengkar.

aku penat nak membaca buku, bila satu habuk pun aku tak faham.

aku penat nak top up, bila nak guna untuk kecemasan, langsung tiada kreditku

aku penat bergegas ke kelas, bila akhirnya aku lambat juga

aku penat nak bangun awal, bila akhirnya matahari pagi membenci diriku

aku penat nak berbual-bual dengan kalian, bila akhirnya masa ku terbuang begitu sahaja

aku penat nak berteka teki, bila akhirnya kau tak boleh langsung nak faham

aku penat nak melukis, bila lukisan ku sebenarnya sangat sampah

aku penat nak tidur, bila ku tahu kerja ku banyak lagi tak siap

aku penat berhujah tentang idea ku, bila akhirnya tiada yang faham

aku penat nak berjalan, bila setiap pagi aku asyik lalu di tempat yang sama

aku penat bertengkar dengan pak guard, bila di akhir babak aku juga yang kena mngalah

aku penat kelihatan bahagia, bila hakikatnya bukan

aku penat melihat bintang, bila bintang tak mahu berkelip kepada ku

aku penat melihat diriku di cermin, bila ku tahu ku sebenarnya hidup dalam bayangan

aku penat nak dengar lagu, bila semua nya asyik membelakangkan aku

aku penat nak buat kerja dengan kalian, bila akhirnya yang buat kerja adalah aku seorang

aku penat nak mengadu dengan sesiapa, bila akhirnya diriku jua yang dipersendakan.



penat..tau tak..penat..

mak, nak balik jumpa mak dan peluk mak.

0 kisses:

Post a Comment