BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 29, 2009

hospital yang bingit

korang penah x pegi hospital yang bingit?
siap didendangkan lgu gong xi fat chai kat lobi masuk?
aku penah..dan aku terkesima seketika.
hati ku berkata, klau la ku ada pnyakit jantung ke,
trus pingsan kot mndengar alunan lgu2 ni semua.

harharhar...aku pegi hospital dgn rela nya...amat menarik tu.

kenapa aku ke hospital?
saja nak ucap selamat tahun baru cina kat doktor2 tu suma?

harhar...

ptutnya ku ke terengganu bersama kwn ku yg terchenta pd hari itu.
nak buat site visit utk klas BC en anuar.
tapi..laz menet ku kasitau kat dia yg ku kna buat medical check up..
kpala aku mmg x bleh nak handle pressure ni semua.
semua prasaan bergaul rata.
nak ngis pun ada, nak bnuh org pun ada, nak garu bontot pun ada. *garu, garu*

sorry syg..ku mmg x berniat biarpun sekutil nak buat u frust..
harap dirimu sudi memaafkan diriku yg hina ini.
kalau nak marah pun redha jer.
sbb diri ini mmg berslah pun. *ayat pasrah*

di hospital yg bingit.
ku sngat tertekan.
sangat..sangat..sangat..sangat...
ku dtg kol 3, kol 6 bru bleh jmpa doktor.(pdn mka, sapa suruh x buat appointment)
dgn budak2 yg x reti nak dduk diam,
main sembunyi2 blakang langsir, mak bpk diorng buat donno jer.
klu la railing langsir tu jatuh, kan ke naya.
klu aku buat prngai camtu time duloo2,
mmg kna hambat la balik umah jap gi.

nasib baik ada makhluk Allah yg baik hati ni sorang,
sudi menemankn a.k.a tukang bawak kereta aku pada hari itu.
huhuhu..
klu dia xda..mmg ku ngis sbb rasa sngat2 teramat la sunyi.
terima kasih byak2.

dan..keputusan dari doktor amat mngembirakn aku.
segala sangkaan dan kebimbangan yg menghantui diriku sejak tahun lepas adalah palsu belaka.
palsu!
tatkala doktor mngatakan aku sihat, bebas dari pnyakit itu,
aku mngis..mngis kesyukuran.
btapa aku bersyukur ke hadrat illahi.
air mata mmg mgalir tnpa diduga,
segala prasaan negatif yg mnghantui diriku terhapus semua nya,
terhapus bersama aliran air mata ku.
ya Allah, aku bersyukur kepada Mu,
kerana Kau lah Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Kaulah Maha mngetahui,
dan kau telah hapuskan semua duka lara ku.
alhamdulillah....



still..
aku rasa kebingitan hospital itu amat luar biasa.

0 kisses:

Post a Comment